Saturday, April 28, 2007

Lawatan Sambil Belajar - 2006

Setiap tahun kanak-kanak di RKTIC berpeluang untuk menyertai lawatan sambil belajar. Pada 15/4/2006, antara tempat yang dilawati ialah di Zoo Saleng, Johor Bahru. Zoo Saleng dikendalikan oleh syarikat persendirian. Terdapat banyak binatang yang menarik di situ. Pelajar-pelajar sangat seronok dan gembira sepanjang lawatan tersebut. Walaupun agak keletihan tetapi para pelajar pulang ke rumah dengan hati yang penuh ceria dan bersemangat, ini kerana banyak pengetahuan baru yang telah mereka perolehi sepanjang aktiviti lawatan tersebut.