Sunday, April 29, 2007

Hari Anugerah Cemerlang & Majlis Konvokesyen

Setiap tahun, RKTIC akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang dan Konvokesyen khas bagi meraikan para pelajar yang tamat pengajiannya di peringkat pra-sekolah. Pada Tahun 2006, majlis tersebut telah diadakan di dewan Besar Kompleks Islam Johor.
Kehadiran ibubapa, para pelajar dan jemputan VIP seramai 300 orang menambahkan lagi kemeriahan suasana Hari Anugerah Cemerlang dan Konvokesyen tersebut. Para pelajar sangat gembira kerana dapat menunjukkan pelbagai persembahan khas untuk ibu bapa mereka.