Thursday, May 3, 2007

Tahniah wahai anakku !

Wahai anakku, hari ini adalah titik permulaan kejayaanmu
ibu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan buatmu
ayah akan sentiasa memastikan keperluanmu cukup agar kau dapat mencapai cita-citamu tanpa sebarang halangan...
kami para pendidik di RKTIC akan sentiasa mengigatimu dan terus mendoakan kejayaanmu...

Tahniah kami ucapkan kepada semua para pelajar yang telah tamat pra sekolah bagi sesi 2006. Semoga kalian berjaya di dalam hidup kalian. Sayonara... hingga jumpa lagi. WE WILL MISS YOU!

Bestnya dapat naik motosikal bomba !


Pada 21.4.2007, kami semua pelajar-pelajar di Tadika As Sofea dan Tadika Umiku Sayang berpeluang melawat Balai Bomba Larkin. Banyak maklumat baru yang kami perolehi. Seronok betul dapat naik motor besar, kereta bomba dan bas pameran.

Lawatan ke Senai Airport dan 'inflight tour'

21-4-2007
Jangan jealos.... kami semua pelajar di Tadika Umiku Sayang sedang naik kapal terbang untuk ke KLIA.
Sebenarnya, saya sedang 'inflight tour' di Airport Senai. Alhamdulillah sampai juga hajat saya nak masuk kapal terbang. Bestlah kat dalam ni, rasa macam tak nak keluar. Bye bye ibu, doakan saya selamat sampai ke KLIA ya!!

Pertandingan Mewarna di Plaza Angsana

Semua cawangan-cawangan tadika RKTIC telah mengambil bahagian di dalam pertandingan mewarna yang diadakan di Plaza Angsana pada 9/3/2007. Pertandingan mewarna tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan tadika. Ianya dikendalikan oleh pihak pengurusan RKTIC dengan kerjasama restoran Mc Donald.

Kami bukan sahaja dapat hadiah tetapi dapat makan 'kids meal'.

Sunday, April 29, 2007

Hari Anugerah Cemerlang & Majlis Konvokesyen

Setiap tahun, RKTIC akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang dan Konvokesyen khas bagi meraikan para pelajar yang tamat pengajiannya di peringkat pra-sekolah. Pada Tahun 2006, majlis tersebut telah diadakan di dewan Besar Kompleks Islam Johor.
Kehadiran ibubapa, para pelajar dan jemputan VIP seramai 300 orang menambahkan lagi kemeriahan suasana Hari Anugerah Cemerlang dan Konvokesyen tersebut. Para pelajar sangat gembira kerana dapat menunjukkan pelbagai persembahan khas untuk ibu bapa mereka.

Tadika Ar Rashid (Selangor)

(gambar)
Tadika Ar Rashid mula ditubuhkan pada 1/10/2006 dan beroperasi secara rasmi pada 2/1/2007.
Alamat Tadika:
Tadika Ar Rashid
No. 1, Jalan SP15
Taman Sri Putra 2
Sungai Buloh 47000 Selangor

Guru Besar: Ustazah Rosliza bt Abd Rashid
Tel: 017-6012575

Tadika As Sofea (BUU)

(gambar)
Tadika As Sofea (Cawangan Bandar Uda Utama) dibuka pada 1/10/2006 dan beroperasi secara rasmi pada 2/1/2007. Ini merupakan cawangan ketiga bagi RKTIC.

Sehingga 3/5/2007, ia mempunya seramai 32 orang pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun.

Alamat Tadika As Sofea (Cawangan Bandar Uda Utama):
No. 83, Jalan Uda Utama 1/1
Bandar Uda Utama
81200 Johor Bahru, Johor

Guru besar: Ustazah Syarifah Bt Idris
No. talifon: 019-7296255