Saturday, April 28, 2007

Hari Sukan Tahunan 2006


Setiap tahun RKTISC mengadakan sukan tahunan bagi kanak-kanak- tadika. Bagi tahun 2006, sukan tahunan telah diadakan di padang sekolah Sek. Men. Tasek Utara 2, Johor Bahru. Acara sukan ini merupakan salah satu dari aktiviti tahunan kami. Tujuan aktiviti sukan tersebut diadakan ialah untuk:-

a. mencungkil bakat kesukanan kanak-kanak.
b. memupuk keyakinan diri kanak-kanak.
c. memberi keseronokan kepada kanak-kanak.


Perjalanan sukan berjalan dengan begitu meriah dan baik. Sokongan daripada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak menambahkan lagi keceriaan. Antara acara sukan yang dipersembahkan ialah, berlari dalam guni, tarik upih, lari berganti dan lain-lain.