Thursday, May 3, 2007

Tahniah wahai anakku !

Wahai anakku, hari ini adalah titik permulaan kejayaanmu
ibu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan buatmu
ayah akan sentiasa memastikan keperluanmu cukup agar kau dapat mencapai cita-citamu tanpa sebarang halangan...
kami para pendidik di RKTIC akan sentiasa mengigatimu dan terus mendoakan kejayaanmu...

Tahniah kami ucapkan kepada semua para pelajar yang telah tamat pra sekolah bagi sesi 2006. Semoga kalian berjaya di dalam hidup kalian. Sayonara... hingga jumpa lagi. WE WILL MISS YOU!

Bestnya dapat naik motosikal bomba !


Pada 21.4.2007, kami semua pelajar-pelajar di Tadika As Sofea dan Tadika Umiku Sayang berpeluang melawat Balai Bomba Larkin. Banyak maklumat baru yang kami perolehi. Seronok betul dapat naik motor besar, kereta bomba dan bas pameran.

Lawatan ke Senai Airport dan 'inflight tour'

21-4-2007
Jangan jealos.... kami semua pelajar di Tadika Umiku Sayang sedang naik kapal terbang untuk ke KLIA.
Sebenarnya, saya sedang 'inflight tour' di Airport Senai. Alhamdulillah sampai juga hajat saya nak masuk kapal terbang. Bestlah kat dalam ni, rasa macam tak nak keluar. Bye bye ibu, doakan saya selamat sampai ke KLIA ya!!

Pertandingan Mewarna di Plaza Angsana

Semua cawangan-cawangan tadika RKTIC telah mengambil bahagian di dalam pertandingan mewarna yang diadakan di Plaza Angsana pada 9/3/2007. Pertandingan mewarna tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan tadika. Ianya dikendalikan oleh pihak pengurusan RKTIC dengan kerjasama restoran Mc Donald.

Kami bukan sahaja dapat hadiah tetapi dapat makan 'kids meal'.