Sunday, April 29, 2007

Hari Anugerah Cemerlang & Majlis Konvokesyen

Setiap tahun, RKTIC akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang dan Konvokesyen khas bagi meraikan para pelajar yang tamat pengajiannya di peringkat pra-sekolah. Pada Tahun 2006, majlis tersebut telah diadakan di dewan Besar Kompleks Islam Johor.
Kehadiran ibubapa, para pelajar dan jemputan VIP seramai 300 orang menambahkan lagi kemeriahan suasana Hari Anugerah Cemerlang dan Konvokesyen tersebut. Para pelajar sangat gembira kerana dapat menunjukkan pelbagai persembahan khas untuk ibu bapa mereka.

Tadika Ar Rashid (Selangor)

(gambar)
Tadika Ar Rashid mula ditubuhkan pada 1/10/2006 dan beroperasi secara rasmi pada 2/1/2007.
Alamat Tadika:
Tadika Ar Rashid
No. 1, Jalan SP15
Taman Sri Putra 2
Sungai Buloh 47000 Selangor

Guru Besar: Ustazah Rosliza bt Abd Rashid
Tel: 017-6012575

Tadika As Sofea (BUU)

(gambar)
Tadika As Sofea (Cawangan Bandar Uda Utama) dibuka pada 1/10/2006 dan beroperasi secara rasmi pada 2/1/2007. Ini merupakan cawangan ketiga bagi RKTIC.

Sehingga 3/5/2007, ia mempunya seramai 32 orang pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun.

Alamat Tadika As Sofea (Cawangan Bandar Uda Utama):
No. 83, Jalan Uda Utama 1/1
Bandar Uda Utama
81200 Johor Bahru, Johor

Guru besar: Ustazah Syarifah Bt Idris
No. talifon: 019-7296255

Tadika As Sofea (BBU)

Tadika As Sofea (Cawangan Bandar Baru Uda) mula ditubuhkan pada tahun 2005, ianya merupakan cawangan kedua bagi RKTIC. Bermula dengan 30 orang pelajar pada tahun pertama dan kini pelajar di Tadika As Sofea (Cawangan Bandar Baru Uda) telah meningkat seramai 55 orang pelajar.

Alamat Tadika As Sofea:
No. 33, Jalan Sekoi, Bandar Baru Uda 81200 Johor Bahru, Johor

Gurubesar: Pn. Rashidah No Talifon Pejabat: 07-2373959

Tadika Umiku Sayang

RKTIC bermula dengan penubuhan Tadika Umiku Sayang pada tahun 2002.

Pada tahun pertama pelajarnya adalah seramai 35 orang sahaja dan meningkat setiap tahun sehinggalah seramai 60 orang. Walaupun kami menerima permintaan yang agak tinggi terutama dari kawasan sekitar pihak pengurusan Tadika terpaksa menghadkan pengambilan pelajar sehingg 60 orang sahaja, iaitu 30 orang untuk sesi pagi dan 30 orang untuk sesi petang.

Alamat Tadika Umiku Sayang:
No. 10A, Jalan Mohd Amin, Kg. Tambatan 80100 Johor Bahru, Johor

Guru besar: Ustaz Maalim No. talifon pejabat: 07-2273959



Saturday, April 28, 2007

Lawatan Sambil Belajar - 2006

Setiap tahun kanak-kanak di RKTIC berpeluang untuk menyertai lawatan sambil belajar. Pada 15/4/2006, antara tempat yang dilawati ialah di Zoo Saleng, Johor Bahru. Zoo Saleng dikendalikan oleh syarikat persendirian. Terdapat banyak binatang yang menarik di situ. Pelajar-pelajar sangat seronok dan gembira sepanjang lawatan tersebut. Walaupun agak keletihan tetapi para pelajar pulang ke rumah dengan hati yang penuh ceria dan bersemangat, ini kerana banyak pengetahuan baru yang telah mereka perolehi sepanjang aktiviti lawatan tersebut.

Hari Sukan Tahunan 2006


Setiap tahun RKTISC mengadakan sukan tahunan bagi kanak-kanak- tadika. Bagi tahun 2006, sukan tahunan telah diadakan di padang sekolah Sek. Men. Tasek Utara 2, Johor Bahru. Acara sukan ini merupakan salah satu dari aktiviti tahunan kami. Tujuan aktiviti sukan tersebut diadakan ialah untuk:-

a. mencungkil bakat kesukanan kanak-kanak.
b. memupuk keyakinan diri kanak-kanak.
c. memberi keseronokan kepada kanak-kanak.


Perjalanan sukan berjalan dengan begitu meriah dan baik. Sokongan daripada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak menambahkan lagi keceriaan. Antara acara sukan yang dipersembahkan ialah, berlari dalam guni, tarik upih, lari berganti dan lain-lain.

Ahlan Wasahlan Ila.......


Kami warga pendidik di Rangkaian Kumpulan Tadika Islam Cemerlang (RKTIC) mengalu-alukan kedatangan anda di blog ini.

Antara tujuan blog ini diadakan ialah:-
a. memberi informasi percuma kepada bakal usahawan yang berminat untuk memulakan perniagaan tadika.
b. memberi informasi pendidikan pra sekolah khasnya kepada para ibu bapa / penjaga kanak-kanak.
c. memaklumkan aktiviti harian / tahunan kepada para ibu bapa dan penjaga kanak-kanak RKTIC.

Bermulanya sejarah RKTIC


Sehingga kini Rangkaian Kumpulan Tadika Islam Cemerlang (RKTIC) mempunyai 4 buah cawangan iaitu:-
1. Tadika Umiku Sayang (Cawangan Kolam Air, JB)
2. Tadika As Sofea (Cawangan Bandar Baru Uda, JB)
3. Tadika As Sofea (Cawangan Bandar Uda Utama, JB)
4. Tadika Ar Rashid (Cawangan Sungai Buloh, Selangor)

RKTIC ini bermula dengan penubuhan Tadika Umiku Sayang pada tahun 2002. Kemudian menambahkan cawangan keduanya, Tadika As Sofea (Bandar Baru Uda) yang dibuka pada tahun 2005 dan seterusnya pada tahun 2007, atas permintaan penduduk setempat RKTIC menambahkan lagi 2 cawangan baru iaitu Tadika As Sofea (Bandar Uda Utama) dan Tadika Ar Rashid (cawangan Sungai Buloh).

Berkat pengurusan yang sistematik dan efisien, sokongan ibubapa dan penjaga kanak-kanak, serta komitmen dari semua warga RKTIC, maka dalam tempoh kurang dari 5 tahun, RKTIC telah berjaya mengendalikan 4 buah Tadika Islam dengan baik.